-->
The Future Designer

Saturday, 3 September 2011

KEAJAIBAN AL-QURAN

PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA

Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)

     Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

     Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa batasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara berterusan.

     Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

     Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. 

     Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara terus bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.
tinta Syafiq Shalehudin at 07:30 0 orang membebel
Labels: Knowledge

Raya...

Selamat menyambut hari raya buat keluarga dan sahabatku yang disayangi sekalian. Moga Ramadhan kali ini memberi seribu pengertian kepada kita. Setelah tamat persekolahan di "Madrasah Ramadhan" ini, harapnya aku akan menjadi orang yang baru. Iaitu lebih baik dari yang sebelum ini. InsyaAllah... Benarlah kata orang, semakin dekat kita dengan Allah, semakin kuat kita diuji, semakin besar dugaan yang diberikan. Dan aku sering kali tunduk dan kalah dalam menjalani ujian yang tidak seberapa itu.....betapa lemahnya insan ini. Sesekali terlintas di benak fikiranku bagaimana mereka mampu melawan dan berjaya mengharungi ujian yang diberikan kepada mereka, sedangkan kurniaan Allah itu banyak. Aku selalu berdoa kepada Allah agar aku dapat menjadi seperti mereka.........................
tinta Syafiq Shalehudin at 07:19 1 orang membebel
Labels: myself
Newer Posts Older Posts Home


THE GREAT NAMES

The Author

My photo
Syafiq Shalehudin
Speaking what is good is better than silence, and silence is better than speaking evil
View my complete profile

.:: GOOD REMINDER ::.

"SAYIDINA ABU BAKAR berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!

Follower

WHAT SAY YOU??


ShoutMix chat widget

Labels

  • History (3)
  • Knowledge (5)
  • motivation (1)
  • Muhasabah (2)
  • myself (7)
  • sahabat (1)
  • song lyrics (1)

.:: SMAKIANS::.

  • ♫ DoodLe & CraYon ♫
    Boruto: Naruto the Movie (2015)
    9 years ago
  • Kak teaha
    Jual Sepatu Futsal Kw Lokal
    9 years ago
  • Memori bahagia mendakap mimpi
    PERJALANAN SUCI-
    12 years ago
  • -hidup adalah tarbiyah-
  • Atia Qistina
  • ✿NurulAfiqah✿
  • Kaca Mata Pengembara

.:: IPIS ::.

  • Awan Nusantara
    Mula = Akhir
    11 years ago
  • Bisikan Hati
    SAYA AGEN SAH JAMU SUSUK DARA
    11 years ago
  • Nahdatul Syabab
    DARI SENPAI UNTUK KOHAI
    11 years ago
  • .speechify.
    .ease.
    12 years ago
  • PeMbUrU SyAhiD
    aku dan multazam satu perjalanan tetamu tuhan
    12 years ago
  • Q.a.l.b.u. M.u.r.a.b.b.i.
    "Penggunaan Alkohol Dalam Perubatan"
    12 years ago
  • Aisyah Amnan
    Al-Fatihah~~~
    13 years ago
  • RaUdHaTuL iBtiSaM
    cameron
    13 years ago
  • JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2011/2012 IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI, SELANGOR
    Peperiksaan Akhir Semester...
    13 years ago
  • Arabic Lesson
    13 years ago
  • assalamualaikum
    Pengenalan Kitab Bahtera Penyelamat (Fathi Yakan)
    14 years ago
  • .:nukilan hatiku bertemu MU:.
  • s:w:e:e:t+s:o:u:r
  • ....TiNta PenGembara...
  • Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam
  • KEMBARA MENCARI MARDHATILLAH ^_^

Blog Archive

  • ▼  2011 (20)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ▼  September (2)
      • KEAJAIBAN AL-QURAN
      • Raya...
    • ►  August (14)

.:: WITHOUT YOU ::.




Gratisan Musik

TRAFFIC


We live just once.
So I hope at the end of my time,
I want to die with my forehead on the ground.
The Sunnah in my heart.
Allah SWT on my mind.
Quran on my tongue and
tears in my eyes..
Daisypath Anniversary tickers
HAK CIPTA TERPELIHARA SYAFIQ SHALEHUDIN..THANX FOR VISITING MINE