-->
The Future Designer

Sunday, 21 August 2011

KEAJAIBAN AL-QURAN

PENGENALAN

14 abad lalu, Tuhan telah menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.

     Gaya uslub dan ketinggian hikmah yang tiada tandingan yang terdapat di dalam kitab ini adalah bukti yang amat jelas bahawa ianya adalah kalam suci Tuhan. Sebagai tambahan, kitab ini mengandungi ciri-ciri keajaiban yang membuktikan bahawa ianya adalah wahyu kudus dari Tuhan. Satu daripada ciri-ciri ini ialah kenyataan bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mampu disingkap melalui kemajuan teknologi di abad ke 20 ini sebenarnya telah pun diungkapkan di dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.


     Sudah tentu Al-Qur'an bukanlah sebuah kitab sains. Tetapi, banyak fakta-fakta saintifik yang dinyatakan secara jelas dan dengan cara yang amat mendasar dalam surahnya hanya mampu disingkap melalu kecanggihan teknologi abad ke 20. semua fakta ini tidak diketahui ketika masa penurunan wahyu dan ini juga adalah bukti bahwa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.


     Untuk memahami keajaiban saintifik Al-Qur'an, pertamanya kita akan melihat tahap kemajuan sains ketika mana kitab suci ini diturunkan.


    Pada abad ke 7, ketika Al-Qur'an diwahyukan. Masyarakat arab telah pun memiliki kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas yang berkaitan dengan isu-isu saintifik. Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki alam semesta dan bumi menyebabkan masyarakat ini mempercayai kepada legenda-legenda yang diwariskan dari generasi ke generasi, mereka mendakwa sebagai contoh, bahawa gunung-ganang menongkat langit, mereka percaya bahawa bumi adalah datar dan bahawa di sana terdapat gunung-gunung yang tinggi terletak di setiap penghujungnya. Mereka menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah tiang yang menyebabkan kubah langit di atas.

Tetapi, semua kepercayaan khurafat masyarakat arab ini ditolak oleh Al-Qur'an. Dalam surah Ar-Ra'd ayat ke 2 dinyatakan: Tuhanlah Dia yang meninggikan langit-langit tanpa tiang Ayat ini telah membatalkan kepercayaan bahawa langit yang berada di atas kerana sokongan gunung-ganang. Dalam banyak subjek lain, fakta-fakta penting telah dinyatakan ketika mana tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya.

Al-Qur'an diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan di atas muka bumi... 
(Harun Yahya - Keajaiban Saintifik Al Quran)
tinta Syafiq Shalehudin at 18:10
Labels: Knowledge

0 orang membebel:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home


THE GREAT NAMES

The Author

My photo
Syafiq Shalehudin
Speaking what is good is better than silence, and silence is better than speaking evil
View my complete profile

.:: GOOD REMINDER ::.

"SAYIDINA ABU BAKAR berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!

Follower

WHAT SAY YOU??


ShoutMix chat widget

Labels

  • History (3)
  • Knowledge (5)
  • motivation (1)
  • Muhasabah (2)
  • myself (7)
  • sahabat (1)
  • song lyrics (1)

.:: SMAKIANS::.

  • ♫ DoodLe & CraYon ♫
    Boruto: Naruto the Movie (2015)
    9 years ago
  • Kak teaha
    Jual Sepatu Futsal Kw Lokal
    9 years ago
  • Memori bahagia mendakap mimpi
    PERJALANAN SUCI-
    12 years ago
  • -hidup adalah tarbiyah-
  • Atia Qistina
  • ✿NurulAfiqah✿
  • Kaca Mata Pengembara

.:: IPIS ::.

  • Awan Nusantara
    Mula = Akhir
    11 years ago
  • Bisikan Hati
    SAYA AGEN SAH JAMU SUSUK DARA
    11 years ago
  • Nahdatul Syabab
    DARI SENPAI UNTUK KOHAI
    11 years ago
  • .speechify.
    .ease.
    12 years ago
  • PeMbUrU SyAhiD
    aku dan multazam satu perjalanan tetamu tuhan
    12 years ago
  • Q.a.l.b.u. M.u.r.a.b.b.i.
    "Penggunaan Alkohol Dalam Perubatan"
    12 years ago
  • Aisyah Amnan
    Al-Fatihah~~~
    12 years ago
  • RaUdHaTuL iBtiSaM
    cameron
    13 years ago
  • JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2011/2012 IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI, SELANGOR
    Peperiksaan Akhir Semester...
    13 years ago
  • Arabic Lesson
    13 years ago
  • assalamualaikum
    Pengenalan Kitab Bahtera Penyelamat (Fathi Yakan)
    13 years ago
  • .:nukilan hatiku bertemu MU:.
  • s:w:e:e:t+s:o:u:r
  • ....TiNta PenGembara...
  • Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam
  • KEMBARA MENCARI MARDHATILLAH ^_^

Blog Archive

  • ▼  2011 (20)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ▼  August (14)
      • KEAJAIBAN AL-QURAN
      • Moga Ukhuah Berkekalan
      • KEAJAIBAN AL-QURAN
      • Iftar Raudhatul Ibtisam
      • Program semarak JAWI
      • Be strong
      • Moga dipermudahkan
      • PONTIAN
      • Make Me Strong
      • 10/08/2011
      • Muaz
      • Abu Hurairah
      • The Greatest Inventors
      • My First Trial

.:: WITHOUT YOU ::.




Gratisan Musik

TRAFFIC


We live just once.
So I hope at the end of my time,
I want to die with my forehead on the ground.
The Sunnah in my heart.
Allah SWT on my mind.
Quran on my tongue and
tears in my eyes..
Daisypath Anniversary tickers
HAK CIPTA TERPELIHARA SYAFIQ SHALEHUDIN..THANX FOR VISITING MINE