-->
The Future Designer

Saturday, 3 September 2011

KEAJAIBAN AL-QURAN

PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA

Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)

     Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

     Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa batasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara berterusan.

     Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

     Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. 

     Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara terus bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.
tinta Syafiq Shalehudin at 07:30 0 orang membebel
Labels: Knowledge

Raya...

Selamat menyambut hari raya buat keluarga dan sahabatku yang disayangi sekalian. Moga Ramadhan kali ini memberi seribu pengertian kepada kita. Setelah tamat persekolahan di "Madrasah Ramadhan" ini, harapnya aku akan menjadi orang yang baru. Iaitu lebih baik dari yang sebelum ini. InsyaAllah... Benarlah kata orang, semakin dekat kita dengan Allah, semakin kuat kita diuji, semakin besar dugaan yang diberikan. Dan aku sering kali tunduk dan kalah dalam menjalani ujian yang tidak seberapa itu.....betapa lemahnya insan ini. Sesekali terlintas di benak fikiranku bagaimana mereka mampu melawan dan berjaya mengharungi ujian yang diberikan kepada mereka, sedangkan kurniaan Allah itu banyak. Aku selalu berdoa kepada Allah agar aku dapat menjadi seperti mereka.........................
tinta Syafiq Shalehudin at 07:19 1 orang membebel
Labels: myself

Sunday, 21 August 2011

KEAJAIBAN AL-QURAN

KEWUJUDAN ALAM SEMESTA

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;
Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'am:101.

Maksudnya : (Dia lah) Yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah ia mempunyai anak sedang ia tidak mempunyai isteri? ia pula Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha mengetahui akan segala-galanya.


Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

     Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.
tinta Syafiq Shalehudin at 22:57 0 orang membebel
Labels: Knowledge

Moga Ukhuah Berkekalan

Assalamualaikum

X tahu entah mengapa tiba2 teringat sahabat2 ahli keluarga Raudhatul Ibtisam sekalian.. Sedar x sedar da lebih 3 thn ktorg  kenal.. Mcm2 yg dah ktorg lalui bersama, suka, duka, nangis, tawa, riang, mcm2 lagi. Segalanya bermula dengan hati.. InsyaAllah, klu sume m'jaga hati, sanggup bertolak ansur, persahabatan akan menjadi indah. Sebabnye, zaman belajar ni la org kte pengalaman paling indah. Yela, mane x nye, klu da kje, da berumah tangga, ad mase ke nak klua ngan kwn2 sekeliling ni. (Skarang pun agak susa, apetah lagi nanti....) Ape-ape pun, hati manusia ni seriusly bukan senang nak jaga. Sbbnye, personaliti manusia berbeza. ade orang yg nang bo ti nang, kui bo ti kui bak kte ajib. Hati serupa batu. Ade orang yg jenis rilek je walau ape org kte kt ye. Ade org pulak hati nipis macam kulit bawang, mudah terguris. Buat sahabat2 sekalian, daku memohon maaf andai selama perkenalan kita ini ada yang tersinggung mana2 pihak ye. Moga persahabatan kita bkn hanya d IPG ni sahaja n harap berkekalan hingga akhir hayat.....
tinta Syafiq Shalehudin at 22:49 0 orang membebel
Labels: myself

KEAJAIBAN AL-QURAN

PENGENALAN

14 abad lalu, Tuhan telah menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.

     Gaya uslub dan ketinggian hikmah yang tiada tandingan yang terdapat di dalam kitab ini adalah bukti yang amat jelas bahawa ianya adalah kalam suci Tuhan. Sebagai tambahan, kitab ini mengandungi ciri-ciri keajaiban yang membuktikan bahawa ianya adalah wahyu kudus dari Tuhan. Satu daripada ciri-ciri ini ialah kenyataan bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mampu disingkap melalui kemajuan teknologi di abad ke 20 ini sebenarnya telah pun diungkapkan di dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.


     Sudah tentu Al-Qur'an bukanlah sebuah kitab sains. Tetapi, banyak fakta-fakta saintifik yang dinyatakan secara jelas dan dengan cara yang amat mendasar dalam surahnya hanya mampu disingkap melalu kecanggihan teknologi abad ke 20. semua fakta ini tidak diketahui ketika masa penurunan wahyu dan ini juga adalah bukti bahwa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.


     Untuk memahami keajaiban saintifik Al-Qur'an, pertamanya kita akan melihat tahap kemajuan sains ketika mana kitab suci ini diturunkan.


    Pada abad ke 7, ketika Al-Qur'an diwahyukan. Masyarakat arab telah pun memiliki kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas yang berkaitan dengan isu-isu saintifik. Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki alam semesta dan bumi menyebabkan masyarakat ini mempercayai kepada legenda-legenda yang diwariskan dari generasi ke generasi, mereka mendakwa sebagai contoh, bahawa gunung-ganang menongkat langit, mereka percaya bahawa bumi adalah datar dan bahawa di sana terdapat gunung-gunung yang tinggi terletak di setiap penghujungnya. Mereka menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah tiang yang menyebabkan kubah langit di atas.

Tetapi, semua kepercayaan khurafat masyarakat arab ini ditolak oleh Al-Qur'an. Dalam surah Ar-Ra'd ayat ke 2 dinyatakan: Tuhanlah Dia yang meninggikan langit-langit tanpa tiang Ayat ini telah membatalkan kepercayaan bahawa langit yang berada di atas kerana sokongan gunung-ganang. Dalam banyak subjek lain, fakta-fakta penting telah dinyatakan ketika mana tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya.

Al-Qur'an diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan di atas muka bumi... 
(Harun Yahya - Keajaiban Saintifik Al Quran)
tinta Syafiq Shalehudin at 18:10 0 orang membebel
Labels: Knowledge

Saturday, 20 August 2011

Iftar Raudhatul Ibtisam




17 Ogos 2011. Lepas b'belas2 hari puase bru leh bkak puase skali ye sahabat2.. hahaha. btapa BZ nye pelajar agama semester 4.. hoho, xpela, pape pun, moga program yang dijalankan ni dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.. Huhu, kepada yg belum mendapat Kad2 Raya 2, (tmasuk aku la) jgn sdey ye.. haha.. raya lmbt lg.. Next program ble lak ek???? hehe..
tinta Syafiq Shalehudin at 11:10 0 orang membebel
Labels: myself

Friday, 19 August 2011

Program semarak JAWI


Alhamdulillah..selesai sudah Program Semarak Jawi Khamis n Jumaat.. walaupun banyak dugaan dan halangan, seharian persiapan, drift balik nganta org, hias tapak smpai pkl 3pg, tp alhamdulillah, sume b'baloi.. tp keletihan xyah citer aa.. tengok kemeriahan org ramai hari khamis 2, ilang cket rse penat.. tp still blk2 tdo gak.. hahaha.. Ustazah pun nmpak mcm bpuas hati dgn komitmen yg ktorg berikan pd hari 2.. Harap2 markah lbey ye ustazah.. hahaha...
tinta Syafiq Shalehudin at 23:24 0 orang membebel
Labels: myself
Newer Posts Older Posts Home


THE GREAT NAMES

The Author

My photo
Syafiq Shalehudin
Speaking what is good is better than silence, and silence is better than speaking evil
View my complete profile

.:: GOOD REMINDER ::.

"SAYIDINA ABU BAKAR berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!

Follower

WHAT SAY YOU??


ShoutMix chat widget

Labels

  • History (3)
  • Knowledge (5)
  • motivation (1)
  • Muhasabah (2)
  • myself (7)
  • sahabat (1)
  • song lyrics (1)

.:: SMAKIANS::.

  • ♫ DoodLe & CraYon ♫
    Boruto: Naruto the Movie (2015)
    10 years ago
  • Kak teaha
    Jual Sepatu Futsal Kw Lokal
    10 years ago
  • Memori bahagia mendakap mimpi
    PERJALANAN SUCI-
    13 years ago
  • -hidup adalah tarbiyah-
  • Atia Qistina
  • ✿NurulAfiqah✿
  • Kaca Mata Pengembara

.:: IPIS ::.

  • Awan Nusantara
    Mula = Akhir
    11 years ago
  • Bisikan Hati
    SAYA AGEN SAH JAMU SUSUK DARA
    12 years ago
  • Nahdatul Syabab
    DARI SENPAI UNTUK KOHAI
    12 years ago
  • .speechify.
    .ease.
    12 years ago
  • PeMbUrU SyAhiD
    aku dan multazam satu perjalanan tetamu tuhan
    12 years ago
  • Q.a.l.b.u. M.u.r.a.b.b.i.
    "Penggunaan Alkohol Dalam Perubatan"
    13 years ago
  • Aisyah Amnan
    Al-Fatihah~~~
    13 years ago
  • RaUdHaTuL iBtiSaM
    cameron
    14 years ago
  • JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2011/2012 IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI, SELANGOR
    Peperiksaan Akhir Semester...
    14 years ago
  • Arabic Lesson
    14 years ago
  • assalamualaikum
    Pengenalan Kitab Bahtera Penyelamat (Fathi Yakan)
    14 years ago
  • .:nukilan hatiku bertemu MU:.
  • s:w:e:e:t+s:o:u:r
  • ....TiNta PenGembara...
  • Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam
  • KEMBARA MENCARI MARDHATILLAH ^_^

Blog Archive

  • ▼  2011 (20)
    • ▼  November (1)
      • Selamat Hari Raya Aidil Adha
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (14)

.:: WITHOUT YOU ::.




Gratisan Musik

TRAFFIC


We live just once.
So I hope at the end of my time,
I want to die with my forehead on the ground.
The Sunnah in my heart.
Allah SWT on my mind.
Quran on my tongue and
tears in my eyes..
Daisypath Anniversary tickers
HAK CIPTA TERPELIHARA SYAFIQ SHALEHUDIN..THANX FOR VISITING MINE